Sepanjang Ramadhan aku langsung takde buat entry. Aku berpuasa daripada membuat entry agaknya. Haha.. Sebenarnya aku sangat kesibukan sepanjang bulan Ramadhan. Kerja pagi petang siang malam, Bangla pun kalah. Yang penting, untuk kesekian kalinya (sejak darjah 5) aku berjaya menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan… Alhamdulillah…
Kalau tahun lepas aku banyak buat entry pasal berbuka puasa sana sini tapi tahun ni takde kesempatan nak buat entry, lagipun aku asyik berbuka di tempat yang sama jer hampir setiap hari. Pasar Ramadhan pun aku cuma sempat pergi ke area B.B. Bangi, sekyen 1 dan 7. Bukan untuk membeli juadah, saja jalan2 nak usha awek (bulan puasa pun nak usha awek ke?). Nak beli menda nya, makanan dah disediakan kat hotel, tinggal nak bawak perut dan mulut jer. Semua ditanggung beres dari berbuka sampailah ke sahur. Murah rezeki dan jimat belanja aku puasa tahun ni.
Dan macam biasa seperti tahun2 lepas kalau dah puasa sepanjang Ramadhan berat badan mesti turun. Tahun ni aku berjaya mengurangkan berat sebanyak 4 kg, tapi 11 hari berada di kampung aku berjaya menambah balik 5 kg, dah lebih sekilo plak dah.. adehhh… hahaha… Takpe, lepas ni start balik aktiviti bersenam. Kat kampung kena makan puas2, lagipun Hari Raya kan…
Bulan Ramadhan ni best sebenanarnya. Di samping menunaikan ibadah puasa dan keberkatan yang dikurniakan di dalamnya, banyak lagi fadhilat2 yang kita tidak sedari. Bagi aku, yang ketara adalah pengurangan jumlah rokok yang aku ambil dalam masa satu hari. Kalau hari biasa aku habiskan sekotak (20 batang) rokok sehari, tapi dalam bulan puasa 3 hari baru habis sekotak. Belanja makan pun save. Tak perlu breakfast, lunch, minum petang dan kudap2an sepajang bekerja. Time berbuka hari2 dapat jemputan berbuka kat hotel. Makan mewah, sedap, dan yang penting free. Time sahur kalau terbangun paling2 pun minum air kosong dengan kurma 1-2 bijik. Banyak woo boleh jimat. Kalau puasa sepanjang tahun best jugak kan. Hahaha…
Apa2 pun, aku berdoa supaya umurku dipanjangkan supaya dapat aku bertemu dengan Ramadhan lagi di tahun hadapan. Amin..

ish..ish nape x tinggl lansung okok tu..lg save bujet pong……ekekeke
Comment by lat — September 29, 2009 @ 4:35 pm |
alaaaaaa sekelo je lebeh.. keep da change aje lew.. ekekeke
InsyaAllah kalau ada rezeki berjumpalah kita ramadhan pada tahun depan. aaminnn
Comment by Okliz — September 29, 2009 @ 11:40 pm |
ngonggggggggggggg….uwaaaa….kmk sikda number ktk..arap mek nak nyerbu umah ktk raya tek..huhu…tedah mek lok..huhuhu…duit raya kmk ney???
Comment by Khairul Antasha — September 30, 2009 @ 9:32 am |
Selamat Hari Raya!
Oii kau nih, aku turun 10lb masa ramadhan…sampaikan a week before raya aku boleh pakai seluar yg sebelumnya aku rasa ketat!…ahahaha
Problem aku plak senang turunkan berat badan dan sukar naikkan berat…hehehe
Rokok?…kau 3 hari..aku sampai 6 hari sekotak.
Rajin lately boss nombor 1 kau masuk berita…hehehe…tahniahlah atas usaha yg djalankan…teruskan.
Comment by Marlb — October 1, 2009 @ 8:39 am |
lat – nanti arr, azam tahun baru.. hehe…
liz – aminnnn…
kerul – kitak ya nang sombong, no kamek sik di save, kakya no nya malar bertukar… huh!!! sekda duit raya untuk org yg sombong… hehe…
marlb – problem ko ni biasa dihadapi oleh orang2 yang dah nak monopos… wakakakaka… gurau2 jer marlb, selamat hari raya, maaf zahir batin. boss aku giler sibuk, nak main mercuun pun tak sempat… haha..
Comment by tepung online — October 1, 2009 @ 9:12 am |