Tepungonline

November 25, 2009

Pahit

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 6:46 pm

Pahit.. memang pahit… tersangat pahit… tapi orang kata pahit itu ubat, manis itu racun. Tapi dulu masa kecik-kecik aku rasa ubat tu sume manis, especially ubat Cortal. Ubat batuk pun manis-manis. Tapi yang pasti, peria itu pahit. Tapi sekarang dah ada peria yang tak pahit. Kalau bukan pahit hilanglah identiti peria itu sendiri. Haihhh… Madu pulak manis, tapi orang kata madu adalah penawar banyak penyakit. So, peribahasa di atas dah tak boleh apply dah, kena re’phrase’kan balik.

Ya, agak pahit apabila segala yang kita nak dan rancang tidak kesampaian. Even dah mencuba habis-habisan tapi tak dapat jugak. Kepahitannya terasa sampai ke tulang sumsum. Lebih-lebih lagi apabila ada suara-suara belakang yang mentertawakan di atas kegagalan kita (woi!!! kalo berani kutuk depan-depan arr). Memang mudah mentertawakan orang yang gagal, tapi adalah kita mampu menanggungnya apabila tiba masa kita yang tewas? mampukah kita menanggung kepahitan itu? Mungkin ada yang mampu, mungkin ada yang tidak mampu.

Sesungguhnya, kegagalan itu adalah lumrah kehidupan. Kita tidak akan sentiasa berjaya, dan juga tidak sentiasa gagal. Kadang kita menang, kadang kita kalah. Kalau menang ketawa lah puas-puas, kalau kalah, bersedialah untuk ditertawakan. Jika menang bersedia lah untuk kalah, dan jika kalah, bersedialah untuk meraikan kemenangan.

Kepada penyokong-penyokong Liverpool, aku tau korang sukar untuk menerima kepahitan di atas kegagalan pasukan korang untuk layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League. Tapi terima lah hakikat, yang pasukan korang dah out. Hahahahaha…. Takpe, korang boleh consentrate dengan piala-piala lain. Juara EPL memang agak sukar untuk korang dapat. Aku rasa better korang fokus untuk season depan. Season ni memang bukan season korang, macam season2 sebelum ni. Hahahaha… You’ll always walk behind…. Hehe…

November 24, 2009

Celaru

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 1:51 pm

Otak ku tepu…
Fikiran ku celaru…
Akal ku buntu…
Hati ku sayu…
Badan ku lesu…
Minda ku layu…
Jiwa ku sendu…

Longlai langkah ku…
Kejang tubuh ku…
Sakit hatiku…
Siapa yang tahu…

Celaru akal ku…
Tersimpul kuyu…
Ku singkap mata ku…
Jam dah tujuh suku…
Bangun.. bangun… pegi keja, kang lambat pulak masuk keja…

November 23, 2009

Sinar

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 4:32 pm

Aku masih tercari-cari….
Masihkan ada sinar untukku di hujung sana….
Di kala suria melabuhkan tirainya…
Di kala kegelapan bakal menjelma…

Adakala kerisauan menjelma…
Mampukah kegelapan itu kutempuhi?
Tersungkurkah aku dalam kegelapan?
Mampukah aku bangkit berdiri?

Namun ku pasti…
Sinar itu pasti menjelma…
Kegelapan ini bakal disusuli…
Cahaya bulan indah bersinar…
Yang indah menerangi kegelapan malam…

Tapi ku perlu berwaspada…
Mana tau ribut menjelma…
Menenggelamkan keindahan purnama…
Hilang cahaya hilang punca…

p/s: Siap sedia dengan lampu suluh, kot2 blackout…

November 18, 2009

Kosong

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 5:58 pm

Kosong????????
Ye, sangat kosong….
Apa yang kosong?
Ruangan yang kosong…..
Kenapa jadi kosong?
Sebab telah dikosongkan…..
Tak nak isi kekosongan tu?
Aku lebih selesa dengan kekosongan ini…….
Sampai bila ko nak biar ia kosong?
Sampai aku jumpa selain daripada kosong……
Mampukah ko bertahan dengan kekosongan ini?
Selama ni pun kosong sebenarnya…..
Tapi selama ni nampak macam tak kosong?
Aku saja buat-buat tak nampak kosong…..
So, ko berpura-pura ia tak kosong?
Tak jugak, aku tak nak orang tahu yang ianya kosong…..
So, apa yang ko dapat?
Kosong…………………

November 17, 2009

Kenapa???????????

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 6:52 pm

Apa ni?
Kenapa ni?
Pesal ni?
Awat jadi lagu ni?
Kenapa harus begini?

Kenapa tak boleh macam ni?
Kenapa tak nak macam ni?
Kenapa tak nak ikut jalan ni?
Kenapa tak nak berubah ni?

Kenapa masih nak macam ni?
Kenapa masih nak ikut jalan ni?
Kenapa masih nak buat benda ni?
Kenapa masih nak berdegil ni?

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Ko jawab lah sendiri……..

November 16, 2009

The Pieces Don’t Fit Anymore

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 9:45 am

I’ve been twisting and turning
In a space that’s too small
I’ve been drawing the line and watching it fall
You’ve been closing me in, closing the space in my heart
Watching us fading and watching it all fall apart

Well I can’t explain why it’s not enough
Cause I gave it all to you
And if you leave me now
Just leave me now
It’s the better thing to do
It’s time to surrender
It’s been to long pretending
There’s no use in trying
When the pieces don’t fit anymore
Pieces don’t fit here anymore

You pulled me under
If I had to give in
Such a beautiful myth
That’s breaking my skin
Well I’ll hide all the bruises
I’ll hide all the damage that’s done
But I show how I’m feeling
Until all the feeling has gone

Don’t misunderstand
How I feel
Cause I’ve tried, yes I’ve tried
But still I don’t know why
No I don’t know why
I don’t know why…… whyyyyy!

November 13, 2009

Kecewa

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 6:20 pm

Sejak kebelakangan ni banyak sangat benda yang menyebabkan aku kecewa. Satu demi satu muncul. Agak perit jugak untuk menghadapinya. Tapi kena hadap jugak. Tiap kali perasaan kecewa itu muncul pelbagai soalan akan terbit dari hati. Antara persoalan2 tersebut :

1) Kenapa TAK NAK BERUBAH?
2) KenapA BERUBAH?
3) Kenapa AKU, BUKAN ORANG LAIN?
4) Kenapa TAK NAK TERIMA?
5) Apa SALAH AKU?
6) Sampai BILA NAK MACAM NI?

Sebenarnya banyak lagi persoalan2 yang bermain di kotak pemikiran aku. Tapi sebagai seorang hamba-Nya yang banyak kelemahan aku harus Redha dengan kekecewaan yang muncul. Mungkin ada Hikmah disebaliknya. Apa2 pun aku harus terima Qada’ dan Qadar yang berlaku. Aku dah berusaha untuk memberikan yang terbaik dan melakukan yang terbaik, tapi mungkin belum cukup untuk aku menerima yang terbaik. Dan aku juga harus sedar yang sebelum kekecewaan ini semua melanda dah banyak kegembiraan yang aku dapat. Agak seimbang jugak sebenarnya. Dan aku bersyukur dengan apa yang telah berlaku.

p/s : Aku masih KECEWA dengan kekalahan Manchester United di tangan Liverfool dan Chelsik. Dayyummm….

November 12, 2009

Wife’s Diary vs Husband’s Diary

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 1:36 pm

WIFE’S DIARY

Sunday night- I thought he was acting weird. We had made plans to meet at a cafe to have some coffee. I was shopping with my friends all day long, so I thought he was upset at the fact that I was a bit late, but he made no comment. Conversation wasn’t flowing so I suggested that we go somewhere quiet so we could talk, he agreed but his mind was far away. I asked him what was wrong – he said, ‘Nothing.’ I asked him if it was my fault that he was upset. He said it had nothing to do with me and not to worry. On the way home I told him that I loved him, he simply smiled and kept driving. I can’t explain his behavior; I don’t know why he didn’t say, ‘I love u, too.’ When we got home I felt as if I had lost him, as if he wanted nothing to do with me anymore. He just sat there and watched TV; he seemed distant and absent.

Finally I decided to go to bed. About 10 minutes later he came to bed. I decided that I could not take it anymore, so I decided to confront him with the situation but he had fallen asleep. I started crying and cried until I too fell asleep. I don’t know what to do. I’m almost sure that his thoughts are with someone else.

My life is a disaster.

HUSBAND’s DIARY

Today MANCHESTER UNITED lost again!!!!!

September 29, 2009

Pasca Ramadhan

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 2:55 pm

Sepanjang Ramadhan aku langsung takde buat entry. Aku berpuasa daripada membuat entry agaknya. Haha.. Sebenarnya aku sangat kesibukan sepanjang bulan Ramadhan. Kerja pagi petang siang malam, Bangla pun kalah. Yang penting, untuk kesekian kalinya (sejak darjah 5) aku berjaya menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan… Alhamdulillah…

Kalau tahun lepas aku banyak buat entry pasal berbuka puasa sana sini tapi tahun ni takde kesempatan nak buat entry, lagipun aku asyik berbuka di tempat yang sama jer hampir setiap hari. Pasar Ramadhan pun aku cuma sempat pergi ke area B.B. Bangi, sekyen 1 dan 7. Bukan untuk membeli juadah, saja jalan2 nak usha awek (bulan puasa pun nak usha awek ke?). Nak beli menda nya, makanan dah disediakan kat hotel, tinggal nak bawak perut dan mulut jer. Semua ditanggung beres dari berbuka sampailah ke sahur. Murah rezeki dan jimat belanja aku puasa tahun ni.

Dan macam biasa seperti tahun2 lepas kalau dah puasa sepanjang Ramadhan berat badan mesti turun. Tahun ni aku berjaya mengurangkan berat sebanyak 4 kg, tapi 11 hari berada di kampung aku berjaya menambah balik 5 kg, dah lebih sekilo plak dah.. adehhh… hahaha… Takpe, lepas ni start balik aktiviti bersenam. Kat kampung kena makan puas2, lagipun Hari Raya kan…

Bulan Ramadhan ni best sebenanarnya. Di samping menunaikan ibadah puasa dan keberkatan yang dikurniakan di dalamnya, banyak lagi fadhilat2 yang kita tidak sedari. Bagi aku, yang ketara adalah pengurangan jumlah rokok yang aku ambil dalam masa satu hari. Kalau hari biasa aku habiskan sekotak (20 batang) rokok sehari, tapi dalam bulan puasa 3 hari baru habis sekotak. Belanja makan pun save. Tak perlu breakfast, lunch, minum petang dan kudap2an sepajang bekerja. Time berbuka hari2 dapat jemputan berbuka kat hotel. Makan mewah, sedap, dan yang penting free. Time sahur kalau terbangun paling2 pun minum air kosong dengan kurma 1-2 bijik. Banyak woo boleh jimat. Kalau puasa sepanjang tahun best jugak kan. Hahaha…

Apa2 pun, aku berdoa supaya umurku dipanjangkan supaya dapat aku bertemu dengan Ramadhan lagi di tahun hadapan. Amin..

August 19, 2009

Konvokesyen – Part 1

Filed under: Uncategorized — tepung online @ 6:59 pm

Konvokesyen atau istilah ringkasnya ‘konvo’ adalah hari yang amat sangat ditunggu oleh mahasiswa/i setelah penat bertungkus-lumus belajar selama beberapa tahun. Kalu nak dikira daripada tadika sehingga tamat pengajian ambik masa 15 tahun jugak nak tunggu konvo. Bagi yang bebal sikit (macam aku… hahaha…) mungkin berlanjutan sehingga 16-17 tahun baru dapat tunggu hari konvo. Konvo ni pun ada peringkatnya jugak, ada konvo ambik diploma, konvo degree, konvo master dan konvo PhD. Bagi yang kaki belajar tu mungkin ada yang konvo lebih daripada sekali dalam hidup, habis diploma terus sambung belajar sampai dapat PhD. (aku tabik spring dgn org camni).

Pakaian konvo pun ada bezanya jugak mengikut tahap pembelajaran seseorang itu di universiti. Yang graduate diploma akan mengenakan baju Melayu lengkap berwarna hitam dan bersongkok bagi lelaki dan perempuan berbaju kurung serta bertudung bagi yang Muslim dan berselendang bagi yang bukan Muslim. Yang ambik degree akan memakai jubah dengan topi segiempat (apa nama sebenar topi tu aku lupa). Jubah tu pulak akan dipakai dengan sayap superman (istilah aku) yang berbeza mengikut bidang pengajian yang diambil. Aku dulu pakai sayap warna merah, sebab tu aku panggil sayap superman. Yang ambik master pulak lain pula jubahnya dan topinya. Aku pun dah tak ingat bentuknya macam mana. Bagitu juga dengan yang ambik PhD.

Selalunya ketika minggu konvo ni, biasanya dalam bulan Julai hingga Ogos setiap tahun. Tapi tempat aku balajar dulu sampai 3 sessi konvo setahun, sekarang ni aku tak pasti, diorg teruskan macam tu lagi ke tak. Dan majlis konvo aku dulu berlangsung dalam bulan Februari. Ada advantage jugak sebenarnya konvo awal tahun sebab awal2 tahun kebanyakan kompeni2 memang tengah cari pekerja, so peluang untuk dapat kerja agak tinggi (teori untuk menyedapkan hati sendiri.. hehehe).

Semasa minggu konvo ni berlangsung akan diadakan bermacam2 aktiviti di kampus. Antaranya Jualan Pesta Konvo. Dan yang pastinya barang2 yang banyak dijual di tapak pesta adalah seperti bunga (untuk dihadiahkan kepada mereka yang dah graduate), teddy bear (juga sebagai hadiah, tapi ada gak yang hadiahkan kat couple masing2), pakaian, cenderamata dan yang paling wajib makanan dan minuman. Biasanya gerai paling banyak di tapak konvo adalah gerai makanan dan minuman. Aku dan kawan2 juga tidak ketinggalan pernah berniaga di tapak pesta konvo. Gerai kami menjual bunga dan teddy bear (import dari Siam… tetiba aku teringat seseorang bernama Sanarehan Sidek). Yang bestnya, bunga tu kitorg ambik direct dari Cameron Highland dan gubah sendiri. Masa tu semangat berniaga memang tinggi sampai kawan aku si Ajoy sanggup pakai kereta kancil mak dia untuk beli bunga di Cameron Highland. Tapi yang pasti aku tak berapa ingat sama ada kami dapat untung ke tidak. Aku tak ambik tau sangat pasal aku tak keluarkan modal, just tolong diorg berniaga, saja seronok2 nak cari pengalaman.

Dan jangan tak tau, kat tapak pesta ni juga ada disediakan fun fair, rumah hantu pun ada. Hahahaha…. Dan tidak ketinggalan syarikat2 pengedar kenderaan juga turut membuat promosi kenderaan mereka di tapak pesta. Termasuklah juga syarikat ubat kuat (hahahaha), syarikat penerbitan buku, jualan kaset dan CD artis. Senang cakap, semua ada lah dijual, kecuali dadah dan arak. Huhuhu.. Hah!! aku ingat, petai pun ada jual kat tapak pesta konvo. Haaa… sampai macam tu sekali lah meriahnya kalau minggu konvokesyen berlangsung. Berhampiran kawasan dewan konvokesyen pulak akan dibuka booth pameran yang melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA, JPA2, PDRM, AADK, dan NGO2 yang ingin melibatkan diri dalam pemeran di sekitar dewan konvo. Tidak ketinggalan kelab2 dan persatuan pelajar di pusat pengajian tinggi tersebut. Begitu juga dengan syarikat2 korporat yang bertujuan untuk membuat promosi kepada pengunjung2.

Biasanya pesta jualan ini akan berlangsung selama 4-5 hari, bergantung kepada berapa sessi majlis konvo diadakan, which is, kalau ramai bebudak graduate dalam sessi tu, banyak lah jugak sessi konvo nya, sampai 8 sessi. Sehari 2 sessi, kalau 8 sessi dah 4 hari. Tapi masa aku dulu tempohnya agak pendek sebab buat 3 kali setahun. Tak kiralah berapa kali setahun pun, yang pastinya hari konvo adalah hari yang sangat2 ditunggu oleh mereka yang bergelar mahasiswa/i.

Antara lain aktviti2 yagn dijalankan sepanjang minggu konvokesyen adalah aktiviti kesenian yang melibatkan artis2 dan juga kakitangan serta pelajar pusat pengajian tersebut sendiri. Yang aku ingat, masa aku masih di tahun kedua pengajian, penganjur menjemput Siti Nurhaliza untuk buat persembahan di pentas utama persembahan serta Nasha Aziz untuk menyampaikan deklamasi puisi (sejak tu aku jatuh chenta dengan Nasha Aziz…. hahahaha) dan ramai lagi artis2 lain yang aku tak ingat. Haa, Jamal Abdillah pun ada. Di pusat pengajian yang agak Islamik artis2 yang dipanggil adalah terdiri dari kumpulan2 nasyid dan diselangi aktiviti2 keagamaan seperti ceramah rohani daripada penceramah2 yang dijemput khas untuk menyampaikan ceramah kerohanian.

Tapi apa yang pasti, selepas jer pesta konvokesyen tersebut selesai aku tidak akan pergi ke tapak pesta tersebut diadakan. Sebabnya, keadaan di kawasan tersebut agak berbau busuk kesan daripada sampah sarap yang ditinggalkan. Suasana padang yang cantik akan kelihatan seperti padang ragut lembu. Tapi yang pasti, kemeriahan pesta konvo adalah satu kenangan yang indah dalam kamus hidup seseorang mahasiswa/i, especially kepada mereka yang graduate. Dan yang pasti, kenangan tersebut masih segar di ingatan ku, dan akan terus kuingati.

Disini aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada LAT yagn baru sahaja selesai berkonvo, dengan ucapan, “Welcome to the real world”…. ;D

p/s : Konvokesyen – Part 2 akan memaparkan karenah2 manusia di pesta konvokesyen.

Next Page »

Blog at WordPress.com.